Wednesday, January 18, 2012

TAWARAN KEPADA SEMUA PEMINAT SUKAN PAINTBALL

 
BROTHERS PAINTBALL
CT0005474-K
LOT 1161, JALAN BENTONG – RAUB, LURAH BILUT, 28800 BENTONG, 
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 019-9520498/ 016-9593908 FAX: 09-2377271
E-mail: brothers_paintball@yahoo.com



Kepada :                                                                                  Rujukan : BROPB/01/12/
                                                                                                Tarikh :

Tuan,

TAWARAN  DAN CADANGAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM BERKAITAN PAINTBALL.

Merujuk kepada perkara di atas,kami dari BROTHERS Paintball amat berbesar hati mencadangkan kepada pihak tuan/puan untuk mengadakan suatu kelainan iaitu dengan mengadakan aktiviti Paintball bersempena
program-program yang dijalankan oleh pihak tuan untuk kakitangan pihak tuan/puan.

2.         Kami melontarkan suatu idea agar pihak tuan/puan memikirkan untuk menjadikan aktiviti Paintball salah satu agenda khususnya dalam program-program riadhah yang dijalankan oleh pihak tuan/puan. Sebagai contoh,pihak tuan/puan boleh lah memasukkan perlawanan Paintball sempena hari keluarga atau sempena sukan tahunan dan sebagainya.

3.         Sukan Paintball kini telah mula diminati ramai,malah banyak jabatan kerajaan dan badan swasta telah mula menceburkan diri dalam sukan Paintball. Namun begitu,akibat promosi yang kurang menyeluruh dan kurang pendedahan,ramai yang masih takut dan berpandangan negatif serta tidak berani menceburi atau mencuba sukan Paintball.

4.         Sebenarnya sukan Paintball adalah suatu sukan ekstreme yang amat menyeronokkan dan mengasah keberanian kita serta memotivasikan diri. Sukan ini juga amat mementingkan aspek keselamatan dan sekaligus menguji daya perancangan secara sistematik dan berorganisasi terancang. Sukan ini adalah sukan berkerjasama secara berkumpulan (team work) dan tidak mementingkan diri semata-mata bagi mencapai kejayaan.

5.         Maka dengan itu,kami dari BROTHERS Paintball mencadangkan kewajaran pihak tuan/puan memikirkan agar memasukkan aktiviti sukan Paintball ini sebagai suatu agenda dalam membentuk suatu organisasi yang lebih mantap dan sistematik. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan kami dan mengadakan perbincangan untuk tindakan susulan dan perlaksanaan. BROTHERS Paintball berbesar hati berkongsi pengalaman kami dan kepakaran kami bersama pihak tuan/puan. Kami bersedia bersama tuan/puan walau dimana jua destinasi tuan/puan.

6.         Bersama-sama ini disertakan sedikit sebanyak maklumat mengenai BROTHERS Paintball untuk rujukan tuan/puan.

Sekian,terima kasih

Yang benar
________________________________

(ABDUL RAHIM BIN HOSMAN)
PENGARAH URUSAN BROTHERS PAINTBALL

No comments:

Post a Comment